cintai alam

Pemanasan Global Menyebabkan Bumi Berputar Perlahan


Pemanasan Global Menyebabkan Bumi Berputar Perlahan

Pemanasan global (Global warming) adalah suatu proses peningkatan suhu atmosfera, laut, dan daratan Bumi. Suhu global pada permukaan Bumi telah meningkat 0.74 ± 0.18 °C (1.33 ± 0.32 °F) selama seratus tahun terakhir.

Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) menyimpulkan bahawa sebahagian besar peningkatan suhu global sejak pertengahan abad ke-20 kemungkinan besar disebabkan oleh meningkatnya konsentrasi gas-gas rumah kaca akibat aktiviti manusia melalui efek rumah kaca.

Kesan Pemanasan Global

Antara tanda paling ketara pemanasan global ialah glasier dan ais kutub yang cair secara mendadak. Tahun lalu dunia dikejutkan dengan gambar glasier Gunung Everest yang mengecil hampir 30% dalam masa 40 tahun akibat kenaikan suhu dunia.

Saintis di NASA menganggarkan paras air laut dunia akan meningkat sehingga 1 meter dalam masa satu abad. Paras air laut ini seterusnya akan mengakibatkan jutaan penduduk negara yang berada di bawah paras laut seperti Bangladesh dan Belanda menjadi pelarian iklim di masa hadapan.

Pemanasan Global Menyebabkan Bumi Berputar Perlahan

Pencairan Glasier

Sebuah laporan baru yang diterbitkan di dalam journal Science Advance kini mengesahkan pencairan glasier turut menyebabkan bumi berputar dengan lebih perlahan.

Apabila ais cair, air yang dihasilkan akan bergerak ke arah garisan khatulistiwa. Ini memberikan impak yang sama seperti seorang peluncur air mendepangkan tangan ketika berpusing.

Dijangkakan dalam masa satu abad masa untuk bumi melakukan putaran lengkap akan bertambah sebanyak 1.7 mili saat. Ini mungkin kelihatan seperti jumlah yang kecil namun ini boleh membawakan perubahan yang ketara ke atas sistem iklim dunia yang sensitif.

Kesan pencemaran manusia ke atas bumi kini semakin ketara dan nampaknya sudah terlambat untuk diperbaiki. Di masa hadapan yang akan merana adalah cucu cicit kini yang mewarisinya dari kita.

sumber

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved