Matlamat & Strategi Pengurusan Alam Sekitar: Di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE), penjagaan dan pengurusan alam sekitar negara diurus dan dikawalselia. Di bawah NRE, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI) bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim di Malaysia.
cintai alam sekitar |
NRE mempunyai matlamat dan strategi bagi menetapkan arah dan tujuan untuk menjaga alam sekitar. Ianya penting agar sasaran yang ditelah ditetapkan sentiasa berada dilandasan yang tepat.
Matlamat Utama Alam Sekitar Negara
- Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)
- Pembangunan Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI)
- Menggunakan Tabung Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) untuk kemudahan Alam Sekitar GlobaL
- Mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
- Mengukuhkan Aktiviti Penguatkuasaan
- Meningkatkan Kualiti Air
- Meningkatkan Kualiti Air Laut
- Meningkatkan Kualiti Udara
- Melindungi Lapisan Ozon
- Pembangunan Kesedaran Alam Sekitar dan Index Komitmen
- Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Strategi Utama Alam Sekitar Negara
- Menggalakkan Persatuan Karbon Rendah
- Pengukuran Prestasi Alam Sekitar
- Pengurusan dana Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF5)
- Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar
- Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar
Untuk mencapai serta memastikan segala matlamat dan strategi tersebut sentiasa dipantau dan mencapai objektifnya, NRE mewujudkan Jabatan Alam Sekitar (DOE) sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan penguatkuasaan Alam Sekitar negara.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”