cintai alam

Teknologi Hijau Untuk Alam Sekitar


Teknologi Hijau & Alam Sekitar: Alangkah nyamannya jika persekitaran kita masih kekal dengan keindahan alam semulajadi yang menghijau. Buka sahaja pintu rumah... terus menyedut udara bersih dan segar. Di sapa pula oleh angin bayu lembut yang membisikkan salam menyambut kehadiran kita di pagi nan indah ini.

Di sekeliling rumah, pelbagai pepohon tumbuh subur menghijau menyejukkan mata yang memandang.

Terdengar suara kicauan burung yang riang keluar mencari makan. Terlihat pula rama-rama pelbagai warna bebas berterbangan sambil sesekali singgah di bebunga yang mekar berkembang. Sayup-sayup pula kedengaran deruan air terjun, umpama melodi indah menjadi terapi yang menenangkan.

Namun... ianya hanyalah satu mimpi yang indah dan tidak mungkin menjadi kenyataan andai kita tinggal di kawasan bandar dan kotaraya. Walaupun kita tidak dapat menikmati kehijauan, ia tidak bermakna kita tidak boleh dapat menikmati udara yang bersih dan nyaman.

Teknologi Hijau & Alam Sekitar

Teknologi Hijau

Dunia semakin moden dan ianya tidak dapat dielakkan. Semua orang mahukan hidup yang lebih mudah, canggih dan menyeronokkan. Teknologi terus berkembang namun kita tidak boleh mengabaikan kebergantungan kita ke atas alam sekitar.

Teknologi bukan sahaja untuk kemudahan tetapi juga untuk memelihara dan menjaga kehidupan kita dan alam sekitar. Disinilah bermulanya istilah 'Teknologi Hijau'.

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar yang selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar


Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
  1. Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
  2. Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kerosakan atau kemusnahan alam sekitar.
  3. Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan 
  4. Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.


Objektif Teknologi Hijau
  • Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; 
  • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; 
  • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa; 
  • Untuk memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan 
  • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 
Penggunaan Teknologi Hijau & Alam Sekitar

Sektor Utama Pelaksanaan Teknologi Hijau
1) Sektor Tenaga
  • Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan 
  • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
  • Menggunakan sumber alam semulajadi seperti air, angin, cahaya matahari dan ombak untuk menjana tenaga

2) Sektor Bangunan
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan  pemusnahan bangunan
  • Mengetatkan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pembukaan penempatan baru serta penerokaan tanah.

3) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.
  • Membudayakan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan 

4) Sektor Pengangkutan
  • Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. 
  • Menggunakan sumber tenaga yang mengurang pencemaran alam sekitar seperti solar, hidrogen, bateri, hibrid dan sebagainya. - sumber

Teknologi Hijau Memelihara Alam Sekitar

'Environmental technology (envirotech), green technology (greentech) or clean technology (cleantech) is the application of one or more of environmental science, green chemistry, environmental monitoring and electronic devices to monitor, model and conserve the natural environment and resources, and to curb the negative impacts of human involvement' - wikipedia

Semoga teknologi hijau ini akan terus berkembang dan murah untuk diaplikasikan agar ianya menjadi satu keperluan dan kebiasaan dimasa hadapan demi kehidupan yang lebih sihat, aman dan sejahtera agar alam sekitar kekal terpelihara.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved