cintai alam

Dasar-dasar Utama Pengurusan Alam Sekitar


Dasar-dasar Utama Pengurusan Alam Sekitar: Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) adalah kementerian yang dipertanggungjawab untuk pengurusan dan penjagaan alam sekitar di Malaysia. Bagi memastikan badan ini berfungsi, punya objektif dan panduan maka dasar-dasar alam sekitar diwujudkan. Semua dasar-dasar ini telah dipersetujui dan diluluskan oleh jemaah menteri dan dikawalselia oleh NRE.

Dasar-dasar utama pengurusan alam sekitar tersebut adalah :
  1. Dasar Alam Sekitar Negara
  2. Dasar Perubahan Iklim Negara
  3. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Dasar-dasar Utama Pengurusan Alam Sekitar


Dasar Alam Sekitar Negara
Bermatlamat untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Dasar Perubahan Iklim Negara
Bermatlamat untuk memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam menerajui kelestarian

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Bermatlamat sebagai undang-undang (akta), kaedah serta peraturan & arahan sebagai rujukan dan kawalan untuk dipatusi setiap warganegara, organisasi serta syarikat dalam memastikan dasar-dasar alam sekitar mencapai matlamat yang disasarkan.

Badan Pengurusan Dasar

Bagi mengawalselia dasar-dasar alam sekitar negara dengan lebih berkesan dan cekap, NRE telah mewujudkan Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI) yang bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti "Dasar Alam Sekitar Negara" dan "Dasar Perubahan Iklim Negara".

Manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) dipertanggungjawab berkaitan undang-undang dan penguatkuasaan iaitu "Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974".

Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
BPASPI berperanan untuk melaksanakan program-program alam sekitar atau projek-projek yang memberi manfaat kepada persekitaran global secara berkesan, NRE juga mengoptimumkan sumber-sumber di samping memastikan bahawa obligasi antarabangsa kewangan negara-negara di pelbagai konvensyen alam sekitar antarabangsa bersatu untuk mengekalkan imej baik negara.

Antara aktiviti dan program yang lakukan dan disertai:
  • In Development Coordinating Cabinet Committee the Highlands and Islands
  • Task Force Officer on the Development Coordination Island
  • The Cabinet Committee of Climate Change
  • National Steering Committee of Climate Change
  • National Committee of Clean Development Mechanism
  • National Steering Committee on Convention Stockholm of Persistent Organic Pollutant
  • National Steering Committee on Convention Rotterdam of Prior Informed Consent
  • Haze Technical Committee and Coordination
  • NGOs and NRE Dailogue
  • Project Monitoring Committee for Implementation National Communication under UNFCCC
  • Project Guides Committee of Environmental Hazardous Substance (EHS)
  • National EANET Committee

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
JAS mempunyai visi iaitu untuk pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat dan dengan misi untuk memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara.

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa sepertiVienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved