cintai alam

Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)


Hari Ini merupakan Hari Gajah Sedunia atau (World Elephant Day). Ianya disambut pada 12 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan gajah di seluruh dunia.  Dimulakan secara rasmi pada 12 Ogos 2012 oleh Patricia Sims bersama dengan Elephant Reintroduction Foundation dan kini telah disokong serta diiktiraf oleh lebih dari 65 organisasi hidupan liar dan individu di seluruh dunia.

Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)

Sambutan Hari Gajah Sedunia bermatlamat untuk memupuk kesedaran, berkongsi pengetahuan dan jalan penyelesaian bagi tindakan segera untuk pemuliharaan dan perlindungan gajah liar terutama Gajah Afrika dan Asia yang diancam pengurangan populasi yang mendadak.

Menurut "IUCN Red List of threatened species", Gajah Afrika dalam kategori "Vulnerable" kerana ada lebih kurang 400,000 ekor manakala Gajah Asia dalam kategori "Endangered" kerana hanya ada kurang dari 40,000 ekor. - info

Gajah Asia dan Gajah Afrika

Kedua dua-dua spesis gajah ini mempunyai sedikit perbezaan berikutan lokasi habitat yang mempunyai bentuk alam, iklim, suhu dan fauna yang berbeza. Berikut adalah beberapa ciri-ciri perbezaan fizikal gajah asia dan gajah afrika.

gajah afrika dan gajah asia - Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
gajah afrika dan gajah asia - Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)

Gajah Di Asia Dan Malaysia

Gajah Asia ini hanya mudah ditemui di benua India, Sri Lanka, Sumatera, dan Pulau Jawa. Namun, kini, gajah Asia hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Asia dan populasinya semakin menurun dari semasa ke semasa dan ini amat membimbangkan.

Boleh dikatakan kesemua hidupan ini mendiami kawasan hutan dan rimba, bersesuaian dengan faktor iklim dan geologi di Asia. Walaupun tidak terdapat perbezaan dari segi habitat dan fizikal yang ketara, gajah Asia turut dikelaskan kepada 3 subspesies lagi iaitu Elephas maximus maximus atau lebih dikenali dengan nama gajah Sri Lanka, Elephas maximus indicus atau gajah India dan Elephas maximus sumantrensis atau gajah Sumatra.

Di antara ketiga-tiga subspesies ini, gajah Sri Lanka merupakan subspesies yang terbesar di antara subspesis-subspesis yang lain. Gajah Sumatra pula merupakan subspesies gajah yang terkecil manakala gajah India pula merupakan subspesies yang paling banyak bilangannya. Secara purata,
berat gajah Asia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 tan dan purata ketinggiannya ialah di antara 3 dan 4 meter.

Jumlah keseluruhan Gajah Asia yang di anggarkan ialah dari 35 000 hingga ke 50 000 yang kini
sedang hidup di habitat yang sempit di 13 negara yang berbeza (Pengurus Informasi WWF Species
Conservation ). Di antara negara-negara tersebut ialah Cambodia, Bhutan, Indonesia, China,
Malaysia, Thailand dan Nepal.

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 1000 ekor gajah boleh di dapati di Kinabatangan, Sabah. Berdasarkan aduan, di dapati gajah liar berada banyak di kawasan seperti Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)

Ancaman Terhadap Gajah
  • Kekurangan populasi gajah yang mendadak ini adalah berikutan terdapatnya beberapa ancaman terhadap kehidupan gajah diseluruh dunia. Diantaranya adalah :
  • Perubahan cuaca akibat pemanasan global telah mengurangkan sumber air untuk gajah.
  • Serangan pemangsa ke atas anak-anak gajah.
  • Baka yang terhad berikutan kadar kelahiran yang menurun.
  • Pemburuan haram untuk mendapatkan gading dan daging gajah
  • Kawasan habitat yang semakin sempit akibat pembukaan hutan.
  • Penjualan anak-anak gajah.
  • Pembunuhan gajah untuk keselamatan manusia, pertanian serta ternakan.
  • Pembinaan dan kemodenan mengganggu habitat semulajadi gajah.

Perlindungan Terhadap Gajah

Di Malaysia sendiri terdapat peruntukan untuk melindungi hidupan liar melalui Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972. Gajah termasuk dalam kategori Binatang Liar yang di perlindungi di Malaysia. Di mana pemburuan terhadap gajah dibenarkan tetapi terhad kepada pemburu berlesen.

Akta yang diwartakan tanpa penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa tidak akan berjaya mencapai objektif utama mewujudkan akta itu iaitu untuk melindungi hidupan liar itu daripada diancam kepupusan. Oleh itu adalah penting bagi sesebuah Negara seperti Malaysia atau negara-negara lain menguatkuasakan Akta Hidupan Liar yang terdapat di negara mereka agar hidupan liar seperti gajah dapat dilindungi.

Gajah merupakan binatang yang diciptakan bagi mengimbangai kehidupan dan kelangsungan alam ini. Ianya wajar dilindungi agar kehidupan kita di dunia ini akan lebih sejahtera. Kita sama-sama menumpang hidup di dunia yang sementara ini maka perlulah kita memahami dan memenuhi kehendak serta keperluan masing-masing.

Selamat menyambut Hari Gajah Sedunia...
World Elephant Day asks you to experience elephants in non-exploitive and sustainable environments where elephants can thrive under care and protection. On World Elephant Day, August 12, express your concern, share your knowledge and support solutions for the better care of captive and wild elephants alike.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved