cintai alam

Kehidupan Dan Alam Sekitar


Kehidupan Dan Alam Sekitar: Kehidupan di zaman milenium ini sungguh berbeza dari 50 tahun dahulu. Kini populasi penduduk, pembangunan dan kemajuan semakin meningkat dengan pantasnya. 

Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat besar dan berharga iaitu kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Inilah harga yang mesti kita bayar untuk meneruskan kesinambungan dan keperluan kehidupan di dunia ini.

Kehidupan Dan Alam Sekitar

Kemusnahan Dan Pencemaran Alam Sekitar

Alam semulajadi semakin berkurang kerana tuntutan kehidupan dan pembangunan demi keperluan dan kemajuan. Ianya terlalu pantas berlaku sehinggakan tidak terkawal lalu membawa pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan dan nyawa.

Kemodenan pula memberi impak sampingan yang amat besar kepada alam sekitar. Kerana permintaan yang tinggi, industri semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sumber kehidupan iaitu udara, air dan hutan semakin dinodai.

Bahan dan barangan berteknologi tinggi semakin menjadi bahan keutamaan namun ia kebanyakannya mempunyai kadar pereputan yang sangat lama dan bertoksid

Cara hidup juga telah berubah. Demi kesenangan dan kemudahan hidup yang semakin mahukan segalanya mudah, pantas dan segera membawa kepada penggunaan barangan pakai buang semakin memburukkan lagi keadaan.

Pusat Pelupusan Sampah

Oleh kerana pembuangan sisa buangan yang semakin bertambah berlipat kali ganda, pusat pelupusan sampah juga semakin  membesar dan tidak mampu menampung kapasiti buangan.

Kaedah pelupusan yang dilakukan ini juga sebenarnya bukanlah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kesan alam sekitar namun inilah pilihan termurah dan terbaik yang kita ada. 

Kehidupan Dan Alam Sekitar

Pengurusan secara sistematik amat penting dalam melanjutkan jangka hayat pusat pelupusan sampah ini dan menjaga alam disekitarnya agar tidak tercemar.

Di negara kita, syarikat pengurusan sisa pepejal diwujudkan bagi menguruskan pengutipan dan pembuangan sisa buangan ini supaya sentiasa sistematik, selamat, teratur dan berkala.

Namun apa yang lebih penting adalah sikap kita sendiri agar dapat mengurangkan jumlah pembuangan sampah yang tidak sewajarnya.

Kita dan alam sekitar tidak boleh dipisahkan. Kita memerlukan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup manakala alam sekitar memerlukan kita untuk mengurus dan menjaga sebaiknya.

Hargailah dan cintailah alam sekitar...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved