cintai alam

Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)


Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation - UN) telah menetapkan hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day). Hari Habitat Sedunia adalah untuk menilai keadaan tempat tinggal di bandar-bandar dan bandar raya serta hak asasi semua untuk tempat perlindungan yang mencukupi dan selesa.

Ia juga bertujuan untuk mengingatkan dunia bahawa kita semua orang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk membentuk masa depan bandar-bandar agar menjadi tempat kehidupan yang aman dan sejahtera.

Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)
Sambutan Hari Habitat Sedunia ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi 40/202, dan ianya mula disambut pada tahun 1986.

Pada setiap tahun, Sambutan Hari Habitat Sedunia mempunyai tema tersendiri yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Agenda Habitat.

Tema-tema yang dipilih bertujuan memberi perhatian dan kesedaran kepada setiap masyarakat dan kerajaan tempatan tehadap mandat PBB untuk menggalakkan dasar pembangunan mampan yang memastikan perlindungan yang mencukupi dan selesa untuk semua.

Pemilihan tema-tema ini sering menekankan pada salah satu kawasan tumpuan PBB, seperti:
  1. Perumahan inklusif dan perkhidmatan sosial
  2. Persekitaran hidup yang selamat dan sihat untuk semua - dengan pertimbangan khusus untuk kanak-kanak, belia, wanita, warga emas dan orang kurang upaya
  3. Sistem pengangkutan yang mampu dan jimat tenaga
  4. Promosi, perlindungan, dan pemulihan ruang bandar agar punya ruang hijau
  5. Air minuman yang selamat dan bersih serta pengurusan sanitasi yang efisyen
  6. Kualiti udara yang sihat
  7. Mewujudkan peluang pekerjaan
  8. Perancangan bandar yang tersusun dan menaik taraf setinggan
  9. Pengurusan sisa buangan yang lebih baik dan cekap

Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)

Pada tahun ini, Hari Habitat Sedunia 2015 disambut pada 5 Oktober 2015 dengan tema  'Public Spaces for All' atau 'Ruang Awam untuk Semua'.

Ruang awam yang baik amat penting bagi meningkatkan perpaduan masyarakat dan menggalakkan kesihatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan untuk semua rakyat serta memupuk pelaburan, pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Ianya perlu direka dan diuruskan dengan baik kerana ruang awam dan jalan-jalan adalah aset utama bagi setiap individu dan menjadi tunjang ekonomi sesebuah bandar seperti:
  • Meningkatkan nilai hartanah
  • Menggandakan aktiviti perniagaan
  • Meningkatkan keselamatan
  • Memupuk perpaduan sosial dan kesaksamaan
  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan
  • Memperbaiki alam sekitar
  • Menjadikan bandar lebih menarik
  • Menggalakkan pengangkutan dan pergerakan yang lebih berkesan dan cekap
Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)

Objektif Sambutan Hari Dunia Habitat 2015
  • Meningkatkan kesedaran mengenai keperluan untuk ruang awam dan jalan-jalan yang direka dengan baik dan diuruskan dengan sempurna.
  • Membangunkan mekanisma untuk memastikan ruang awam yang kondusif dan selamat untuk wanita dan kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya.
  • Meningkatkan perpaduan masyarakat dan keselamatan untuk semua rakyat melalui aktiviti dan acara yang diadakan di ruang awam dan jalan-jalan.
  • Menyumbangkanidea melalui dialog yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu berkaitan dengan ruang awam dan jalan-jalan integrasi ke dalam perancangan bandar.
  • Kenal pasti penggubalan dasar dan isu-isu pembangunan kapasiti di mana-mana sistem PBB, khususnya UN-Habitat, agar dapat menawarkan sumbangan yang ketara dan berkesan.
  • Kenal pasti pihak atau komuniti berkepentingan utama serta aktif di kawasan bandar untuk terlibat dalam perbincangan yang menawarkan penyelesaian kepada pembangunan mampan, terutamanya mengenai topik kawasan awam dan jalan-jalan
  • Menyumbang kepada pelaksanaan "Sustainable Development Goals, in particular Goal 11 Target 7" yang telah dicadangkan yang dipersetujui dalam 'Habitat III Conference'.
Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)
"High-quality public spaces encourage people to communicate and collaborate with each other, and to participate in public life. Public spaces can also provide basic services, enhance connectivity, spawn economic activity and raise property values while generating municipal revenue." UN Secretary - General Ban Ki-moon 

Note : Habitat adalah satu kawasan ekologi atau alam sekitar yang didiami oleh manusia, spesies tertentu haiwan, tumbuhan, atau lain-lain jenis organisma. Ia adalah sebuah populasi untuk mencari makanan, tempat tinggal, perlindungan dan juga untuk pembiakan.

1 comments:

Macam kurang diwar-warkan hari habitat sedunia ni.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved