Jenis-Jenis Pencemaran (pollution) & Puncanya: Sekarang ini kita dilanda jerebu. Apabila musibah melanda barulah kita teringat akan nikmat yang selama ini kita nikmati. Sebelum itu jarang sekali kita mensyukurinya.
Pandangan terhalang dan kerinduan menghirup udara segar menjadi satu yang teramat ingin dirasai kembali. Bayangkanlah jika ianya tidak akan berakhir...
Pencemaran yang berlaku pada masa kini adalah sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan kita alami. Akan datang, entah apa lagi pula yang akan berlaku.
Sebelum itu, mari kita kenali jenis-jenis pencemaran yang ada. Melaluinya dapatlah kita mengenal pasti punca dan bersama kita menjaga dan menghalangnya daripada berlaku.
Indahnya alam tanpa pencemaran |
Kenali Jenis-Jenis Pencemaran
Terdapat beberapa jenis pencemaran (pollution) dan ianya datang daripada pelbagai punca dan mempunyai kesan yang berbeza. Memahami dasar-dasar tentang pencemaran boleh membantu setiap individu agar mementingkan alam sekitar untuk mengurangkan sumbangan mereka kepada pencemaran yang menyebabkan pelbagai masalah kehidupan dan kesihatan.Namun pencemaran bukan hanya sekadar sesuatu yang berkait dengan alam atau terlihat secara visual malah sikap dan tabiat manusia melakukan perkara yang tidak baik itu sendiri pun boleh dikategorikan sebagai pencemaran.
Secara keseluruhan, terdapat sembilan jenis pencemaran yang diiktiraf di dunia moden ini. Kesan-kesan pencemaran bukan hanya mengakibatkan kesan negatif ke atas alam semula jadi tetapi juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan, populasi dan keamanan manusia dan segala hidupan lain di muka bumi ini.
Berikut adalah jenis-jenis pencemaran dan punca-puncanya yang perlu diambil perhatian oleh semua orang...
1. Pencemaran Udara
3. Pencemaran Tanah
5. Pencemaran Radioaktif
6. Pencemaran Haba
7. Pencemaran Cahaya
9. Pencemaran Peribadi
Setiap pencemaran akan memberi kesan kepada kehidupan dan kesihatan kita. Setelah mengenali jenis-jenis dan punca-punca pencemaran ini dapatlah kita mengenalpasti dan melakukan tindakan untuk menghalang dan tidak melakukannya.
Ianya perlu diberi perhatian dan wajar memulakan perubahan dari sekarang. Tidak perlu melihat orang lain...mulakan dengan diri sendiri dan keluarga.
Namun tidak semuanya mampu kita halang seperti jerebu yang melanda sekarang ini berpunca dari negara jiran namun ianya menjadi iktibar untuk kita agar tidak melakukan perkara yang sama.
Semoga setiap pencemaran yang berlaku sekarang ini dapat kita kurangkan untuk kehidupan yang lebih sihat, aman dan sejahtera. Jadikan amalan kitar semula dan cintai alam sekitar sebagai satu budaya dalam kehidupan... Kita akan tinggalkan apa yang kita warisi ini untuk generasi hadapan...
Indahnya alam tanpa pencemaran |
Berikut adalah jenis-jenis pencemaran dan punca-puncanya yang perlu diambil perhatian oleh semua orang...
1. Pencemaran Udara
- Pencemaran udara didefinisikan sebagai pencemaran atmosfera yang mengganggu komposisi semula jadi dan kimia di udara. Ianya boleh jadi dalam bentuk bahan partikel seperti debu atau gas yang berlebihan seperti karbon dioksida atau wap lain yang tidak boleh dikeluarkan dengan berkesan melalui kitaran semula jadi seperti kitaran karbon atau kitaran nitrogen.
- Pencemaran udara berasal dari pelbagai punca. Diantara punca-punca tersebut termasuklah asap kenderaan dan industri, pembinaan dan merobohkan bangunan, kebakaran hutan, letusan gunung berapi, hakisan tanah kering (debu) dan lain-lain sumber semula jadi.
- Ianya juga bergantung kepada kepekatan bahan tercemar tersebut di udara. Beberapa kesan dikenal pasti dengan mudah seperti jerebu, hujan asid, kerosakan tanaman dan kadar pengidap asma yang meningkat. Pemanasan global juga berkaitan rapat dengan masalah pencemaran udara.
- Pencemaran air melibatkan air yang tercemar, sama ada dari bahan kimia, partikel atau perkara bakteria yang merendahkan kualiti air dan keasliannya. Pencemaran air boleh berlaku di lautan, sungai, tasik dan takungan bawah tanah serta apa sahaja sumber sumber air.
- Punca-punca pencemaran air diantaranya adalah peningkatan mendapan dari hakisan tanah, hujan asid, tumpahan dan pembuangan sampah serta pereputan bahan organik dalam bekalan air.
- Kesan pencemaran air memberi kesan yang teruk kerana ianya mengurangkan kuantiti air yang boleh diminum, menurunkan bekalan air untuk pengairan tanaman, dan memberi kesan kepada ikan dan hidupan liar. Semua sedia maklum, air adalah sumber kehidupan semua makhluk.
Indahnya alam tanpa pencemaran |
3. Pencemaran Tanah
- Pencemaran tanah adalah apabila tanah menjadi penghalang kepada pertumbuhan semula jadi dan keseimbangan di muka bumi sama ada ia digunakan untuk penanaman, ternakan, tempat tinggal atau hidupan liar. Beberapa pencemaran tanah dilakukan secara sengaja seperti mewujudkan tempat pembuangan sampah dan penerokaan hutan.
- Diantara punca pencemaran tanah adalah tumpahan dan pembuangan sisa berbahaya dan kumbahan, amalan pertanian tidak mampan seperti penggunaan racun perosak, perlombongan, penebangan hutan dan amalan pembuangan sampah merata-rata.
- Pencemaran tanah akan menyebabkan rosak dan terbantutnya pertumbuhan yang mengakibatkan hasil tanaman berkurangan, kehilangan habitat hidupan liar, pencemaran air, hakisan tanah dan gurun.
- Pencemaran bunyi merujuk kepada tahap kebisingan yang tidak diingini dari bunyi-bunyi yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang mengganggu keselesaan kehidupan.
- Pencemaran bunyi selalunya terhasil dari lalu lintas, lapangan terbang, landasan kereta api, kilang dan industri, pembinaan atau perobohan serta konsert.
- Beberapa pencemaran bunyi mungkin bersifat sementara manakala ada yang kekal. Kesan-kesan mungkin termasuk kehilangan pendengaran, gangguan hidupan liar dan mengganggu ketenteraman.
- Pencemaran radioaktif jarang berlaku tetapi amat merbahaya malah boleh membawa maut jika ia nya berlaku. Oleh itu perlu adanya peraturan-peraturan yang ketat untuk mengawal pencemaran radioaktif.
- Punca pencemaran radioaktif antaranya adalah kemalangan loji kuasa nuklear atau kebocoran dari pelupusan sisa nuklear dan operasi perlombongan uranium.
- Pencemaran radiasi radioaktif boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, kanser dan masalah kesihatan yang lain kepada manusia dan hidupan lain. Ia juga boleh merosakkan tanah dan menyumbang kepada pencemaran air serta udara.
Indahnya alam tanpa pencemaran |
6. Pencemaran Haba
- Pencemaran haba adalah lebihan panas yang mewujudkan kesan yang tidak diingini dalam jangka masa yang panjang. Bumi mempunyai kitaran haba semula jadi tetapi peningkatan suhu yang tinggi boleh dianggap sebagai yang amat jarang berlaku.
- Biasanya pencemaran haba adalah terhad kepada kawasan-kawasan berhampiran sumber mereka namun ianya boleh membawa kesan yang lebih luas di kawasan geografi yang lebih besar.
- Pencemaran haba boleh disebabkan oleh loji kuasa, air zarah pencemaran yang memerangkap haba dari pelepasan asap dan gas oleh kenderaan, kilang dan sebagainya terutama penggunaan bahan bakar fosil serta penebangan hutan yang menyebabkan kesan rumah hijau.
- Apabila suhu mula meningkat, perubahan iklim dan cuaca menjadi tidak stabil yang akan menyebabkan pelbagai bencana alam serta merosakkan habitat dan populasi hidupan.
- Pencemaran cahaya adalah keterangan ke atas sesuatu kawasan yang keterlaluan. Atara lokasi yang biasanya berlaku pencemaran cahaya ini adalah bandar-bandar besar, papan-papan iklan, acara sukan dan hiburan pada waktu malam.
- Pencemaran cahaya mengakibatkan sukarnya untuk melihat langit dan bintang-bintang. Ianya mengganggu kehidupan normal manusia dan hidupan lain. Ianya mengubah suasana malam yang sepatutnya sunyi dan gelap menjadi luar biasa. Ianya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.
- Pencemaran visual boleh disebabkan oleh pencemaran lain atau sesuatu yang tidak ingin kita lihat dan menyakitkan mata seperti pandangan yang tidak menarik dan menjijikkan. Ia dapat menurunkan kualiti hidup, ketenangan hati dan jiwa serta di kawasan-kawasan tertentu ianya boleh memberi kesan kepada nilai harta dan kesenangan peribadi.
- Sumber pencemaran visual termasuklah talian kuasa elektrik, kawasan pembinaan, papan-papan iklan, kawasan terbiar, sampah dan bahan buangan yang berterabur serta bangunan kosong.
- Walaupun pencemaran visual tidak mempunyai kesan kesihatan yang ketara kepada manusia secara serta merta tetapi kesannya terhadap alam sekitar dan lebih buruk lagi apabila ia sebenarnya sesuatu yang merugikan dan meletihkan jiwa
Indahnya alam tanpa pencemaran |
- Pencemaran peribadi adalah pencemaran gaya hidup seseorang dengan tindakan yang menjejaskan kesihatan tubuh badan. Ini termasuklah merokok berlebihan, minum minuman beralkohol atau penyalahgunaan dadah, penderaan emosi atau fizikal dan tabiat serta sikap buruk dalam diri
- Dalam beberapa kes, pencemaran peribadi boleh disebabkan oleh penjaga atau didikan, manakala dalam kes lain ia juga disebabkan oleh tindakan individu itu sendiri. Ianya amat merugikan kerana kita akan kehilangan tenaga penting yang diperlukan untuk membangunkan dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Kehidupan Sihat Tanpa Pencemaran
Biasanya setiap jenis pencemaran adalah saling berkait. Sebagai contoh, pencemaran cahaya memerlukan tenaga elektrik, maka ianya memerlukan bahan api fosil untuk membekalkan tenaga. Bahan api fosil merupakan peyumbang utama kepada pencemaran udara. Pencemaran udara pula akan menghasilkan hujan asid dan seterusnya berlakulah pencemaran air dan tanah.Setiap pencemaran akan memberi kesan kepada kehidupan dan kesihatan kita. Setelah mengenali jenis-jenis dan punca-punca pencemaran ini dapatlah kita mengenalpasti dan melakukan tindakan untuk menghalang dan tidak melakukannya.
Ianya perlu diberi perhatian dan wajar memulakan perubahan dari sekarang. Tidak perlu melihat orang lain...mulakan dengan diri sendiri dan keluarga.
Namun tidak semuanya mampu kita halang seperti jerebu yang melanda sekarang ini berpunca dari negara jiran namun ianya menjadi iktibar untuk kita agar tidak melakukan perkara yang sama.
Punca jerebu |
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”