Alam ciptaan Ilahi ini sungguh indah. Keindahan yang tiada tandingan. Keindahan alam yang sungguh mempersonakan dan menakjubkan.
Sungguh sempurna...
Alam ciptaan Ilahi ini menjadi santapan mata dan terapi hati. Memukau pandangan sambil mengagumi kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta.
Betapa bersyukurnya di atas nikmat kurnianNya...
Sambil menikmati keindahan alam yang sungguh mengasyikkan dan mempersonakan ini, lafazkankan di hati dengan memuji nama Ilahi.
Alam Indah Ciptaan Ilahi
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
سبحان الله Subhanallah
الحمد لله Alhamdulillah
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ WaLaailahailallah
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ Allahuakbar
ﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ La haulawala quwwata illa billah
Perbagai bentuk, warna dan rupa alam ini, semuanya punya fungsi dan saling memerlukan. Bersyukur kita pada Ilahi kerana diberi kesempatan ini untuk merasai dan menikmati alam ciptaan Mu yang indah, sempurna, menakjubkan serta mempersonakan.
Semoga ianya kekal terpelihara untuk tatapan masa kini dan masa hadapan...
سبحان الله Subhanallah
الحمد لله Alhamdulillah
ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ WaLaailahailallah
ﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ Allahuakbar
ﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ La haulawala quwwata illa billah
Bersama kita menjaga dan memelihara alam yang indah ini. Tiada makluk lain yang mampu memusnahkannya melainkan kita sendiri.
Keindahan alam yang mempersonakan dan menakjubkan ini dicipta untuk kita, maka kekalkan ia seperti sedia kala... Bersyukurlah di atas kurniaanNya ini sebelum ianya ditarik kembali...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”