cintai alam

Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day


Setiap 3 Mac adalah Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day) Sebagai satu cara untuk menghormati dan menghargai setiap hidupan di dunia ini di mana setiap darinya mempunyai peranan dan kepentingan kepada manusia dan alam ini.

Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day

“The future of wildlife is in our hands.”- World Wildlife Day Theme 2016

"It is time to get serious about wildlife crime" - World Wildlife Day Theme 2015

Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day

Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day

Sambutan Hari Hidupan Liar Dunia (World Wildlife Day)

Hari Hidupan Liar Dunia (World Wildlife Day) adalah satu peluang untuk bagi meraikan dan menghargai pelbagai keindahan flora dan fauna liar serta untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan manfaatnya kepada manusia untuk ia kekal terpelihara. Pada masa yang sama, sambutan ini juga mengingatkan kita akan keperluan untuk meningkatkan usaha bagi memerangi jenayah hidupan liar yang telah memberi kesan besar ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Hidupan liar mempunyai nilai intrinsik dan menyumbang kepada aspek-aspek ekologi, genetik, sosial, ekonomi, sains, pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan estetik pembangunan mapan dan kesejahteraan manusia.

Untuk sebab-sebab ini, semua ahli Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan badan-badan antarabangsa yang lain serta juga masyarakat awam, pertubuhan bukan kerajaan malah individu adalah dijemput untuk mengikuti dan terlibat dalam sambutan global hidupan liar ini.

Setiap masyarakat boleh membantu dan memainkan peranan yang positif dalam membendung perdagangan haram hidupan liar.

Sekretariat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora @ CITES) dengan kerjasama badan-badan lain yang berkaitan di Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah memudahkan pelaksanaan sambutan Hari Hidupan Liar Dunia ini.

Dengan 180 negara anggota, CITES tetap menjadi salah satu alat yang paling berkuasa di dunia untuk pemuliharaan biodiversiti melalui peraturan perdagangan flora dan fauna liar.



Latar Belakang Hari Hidupan Liar Sedunia

Pada 20 Disember 2013, sesi ke 68 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan untuk menetapkan setiap 3 Mac sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day). Ianya adalah hari untuk meraikan dan meningkatkan kesedaran mengenai fauna liar dan flora di dunia ini.

Hari tersebut merupakan tarikh di mana Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora @ CITES) diadakan pada tahun 1973. CITES jugalah yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan perdagangan antarabangsa tidak mengancam kemandirian spesies '.

Sebelum ini, 3 Mac juga telah ditetapkan sebagai Hari Hidupan Liar Dunia dalam resolusi yang dibuat pada mesyuarat ke-16 "Persidangan Pihak-Pihak kepada CITES" (CoP16) yang diadakan di Bangkok dari 3 hingga 14 Mac 2013. Resolusi tersebut telah ditaja oleh Kerajaan Thailand serta Angkatan CITES CoP16 dan hasil dari CITES CoP16 ini telah dihantar kepada Perhimpunan Agung PBB bagi mengiktiraf Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day)


Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day
Hari Hidupan Liar Sedunia - World Wildlife Day

"Getting serious about wildlife crime means enrolling the support of all sections of society involved in the production and consumption of wildlife products, which are widely used as medicines, food, building materials, furniture, cosmetics, clothing and accessories." - UN Secretary-General Ban Ki-moon (World Wildlife Day - 3 Mac 2015)

Dapatkan lebih informasi di : FB WWDWWF

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved