cintai alam

Tempoh Masa Sesuatu Bahan Untuk Mereput


Tempoh Masa Sesuatu Bahan Untuk Mereput

Tahukah anda berapa lama tempoh masa yang dperlukan untuk sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah? Berikut... beberapa contoh bahan yang saya dapat daripada internet yang merekodkan jangkamasa bahan tersebut mereput secara semulajadi. 
  • Tisu Tandas - 2-4 minggu    
  • Beg kertas - 1 bulan
  • Suratkhabar - 1.5 bulan
  • Kertas Kadboard - 2 bulan
  • Sarung tangan kain - 3 bulan
  • Papan Plywood - 1-3 tahun
  • Stokin bulu - 1-5 tahun
  • Kotak minuman - 5 tahun
  • Puntung rokok - 10-12 tahun
  • Kasut kulit - 25-40 tahun
  • Bekas tin - 50 tahun
  • Kasut but getah - 50-80 tahun
  • Bekas simpanan dari plastik - 50-80 tahun
  • Tin minuman aluminium - 200-500 tahun
  • Botol plastik - 450 tahun
  • Lampin pakai buang - 550 tahun
  • Beg plastik - 200-1000 tahun
  • Kaca - Anggaran 1-2 juta tahun
Lihatlah jangkamasa yang diambil....Fakta yang sungguh menakutkan! Tidak mustahil suatu hari nanti dunia di penuhi dengan timbunan sampah. Harus diingatkan juga bahawa pembakaran bahan buangan juga bukan satu penyelesaian malah memberi lebih keburukan dengan pencemaran udara dan kesan lapisan ozon. 

Kitar semula bahan buangan merupakan satu kaedah yang dapat dapat mengurangkan penggunaan dan kemusnahan sumber alam semulajadi serta mengurangkan bahan buangan...Walaupun ianya bukanlah jalan yang terbaik namun ia mampu memperlahankan dan mengurangkan tempoh dunia musnah dan tercemar. Kitar semula juga merupakan tanggungjawab paling mudah yang dapat di sumbangkan atau dilakukan oleh setiap insan. 

Sumbangan Anda Kepada Generasi Hadapan

Bukanlah memaksa anda untuk melakukan kreativiti ini tapi ianya hanyalah gambaran bahawa setiap sesuatu yang terbuang itu ada gunanya. Jika anda tidak berminat atau sukar melakukannya, cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengumpul bahan terbuang ini. Kumpulkan ia mengikut kategori seperti kertas, plastik, kaca, pakaian, besi, perkakas elektrik dan kayu.

Setelah anda rasa ianya menyemakkan ruang di rumah anda, juallah ia ditempat kitar semula atau tempat pengumpulan barangan terbuang. Kadang kala mereka sendiri selalu meronda untuk mencari bahan-bahan ini. Nah! bukankah ianya membawa keuntungan kepada anda...pulangan walaupun sedikit, namun ingatlah sumbangan anda kepada alam dan generasi akan datang amat besar sekali!

Tempoh Masa Sesuatu Bahan Untuk Mereput

p/s: Setelah kita tahu berapa lama tempoh masa yang dperlukan untuk sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah... Maka, fikir dulu sebelum buang... Pilih dan gunakan bahan atau material yang lebih mesra alam...

4 comments

Coretan anda membimbing saya.Alhamdulillah,terima kasih☺.

Coretan anda membimbing saya.Alhamdulillah,terima kasih☺.

Terima kasih!!!kalau tiada blog ini...saya tidak akan tahu fakta fakta ini...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved