cintai alam

About Me


Assalamua'laikum... dan Salam Perkenalan.

Bin Muhammad
Bin Muhammad

Bin Muhammad, hanyalah sebuah nama pena yang khas mewakili empunya diri penulis di alam maya... Dilahirkan pada 28 Feb 19$$. Di besarkan di sebuah kampung di Bagan Datoh, Perak. Graduan dari UTM Skudai dan kini menetap di Rasa, Selangor. Sudah berkahwin dan bekerja sendiri.

Anda juga boleh temui juga info saya di Bin Muhammad  dan di Bin Muhammad FacebookSeorang yang cintakan akan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Mengagumi kebesaran Allah SWT dan segala kurniannya. Meminati ciptaan kreatif dan pemeliharaan alam sekitar.


Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com

header blogspot
Header pertama Relaks Minda Blogspot
Blog ini wujud pada 10 Sept 2012 dengan artikel pertama iaitu sebuah entri pengenalan. Ianya bermula apabila perasaan ingin menulis dan berkongsi cerita yang lebih panjang coretannya berikutan keseronokan dari perkongsian di Facebook Page saya iaitu Relex Minda.

Objektif utama adalah untuk perkongsian secara santai bersama keindahan alam, kreativiti, kitar semula, informasi, keceriaan, kehidupan dan eksplorasi untuk ketenangan hati dan minda di samping mengingati dan mengagumi kebesaran Ilahi. Cuba untuk menzahirkan sebuah Blog untuk anda berehat dan menenangkan minda buat seketika di alam siber ini.

Kini... Relaks Minda cuba untuk melangkah setapak lagi melalui tagline : "ilmu dikongsi bersama". Semoga perkongsian di blog ini dapat memberi manfaat, panduan dan ilmu pengetahuan buat semua yang berkunjung  ke sini... InsyaAllah.


Relex Minda facebook.com/RelexMinda

Relex Minda
Relex Minda Facebook Page Header
Facebook Page persendirian yang bermula pada 9 Feb 2012 ini adalah page perkongsian gambar menarik dan unik. Ianya masih aktif berkongsi gambar dan info menarik dengan konsep dan tema yang sama serta link update untuk Blog Relaks Minda. Silalah berkunjung dan 'Like' Page FB Relex Minda.


Terima Kasih Bersama Relaks Minda
Hari demi hari saya cuba memperbaiki penyampaian dan belajar meningkatkan ilmu dan kualiti blog ini. Saya berharap anda berpuas hati dan mendapat serba sedikit manfaat dari blog ini. Saya sekadar berkongsi cerita dan menyampaikan ingatan secara santai....Andai ada salah dan silap, mahupun terguris hati...Ampun dan maaf di pinta.


Makluman :
(10 Jun 2015) - Blog Relaks Minda tidak akan dapat lagi menerbitkan entri-entri terbaru berikutan masalah Malware melalui RSS Feed entri terbaru. Maka... Artikel yang ada sekarang ini akan kekal untuk tatapan dan manfaat buat mereka yang memerlukan. Terima kasih di atas sokongan sahabat dan tetamu selama ini...

Sebagai kesinambungan kepada Blog Relaks Minda, anda boleh ikuti entri-entri terbaru dari Bin Muhammad melalui blog dibawah ini. Teruskan sokongan anda... 

Terima Kasih atas kesudian anda bersama Bin Muhammad dan Selamat Berbelog.... :)


 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Bin Muhammad
alamblogr.blogspot.com/

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved