cintai alam

Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day)


Hari Bebas atau Tanpa Kereta (Car Free Day) adalah hari galakan buat pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan kereta mereka dalam tempoh satu hari. Tarikh 22 September setiap tahun telah dipilih sebagai sambutan "World Car Free Day"

Selain dari bermatlamat untuk mengurangkan pencemaran, ianya juga satu inisiatif bagi menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk ke mana sahaja.

Kajian telah menunjukkan bahawa untuk perjalanan pendek disesetengah laluan di tengah bandaraya, kita boleh sampai lebih cepat dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki dari menggunakan kereta.

Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day)

Tanggungjawab Kepada Alam Sekitar

Kita semua amat memahami akan bahaya pencemaran yang terlalu banyak kepada alam sekitar dan kesihatan kita dan situasi sentiasa bertambah teruk dari hari ke hari.

Perlunya ada kesedaran dan rasa tanggungjawab pada setiap individu untuk menjaga alam sekitar agar lebih selamat dan bersih untuk kebaikan bersama di masa kini dan akan datang.

Kereta bukanlah masalah utama pencemaran tetapi antara penyumbang terbesar dan sekurang-kurangnya kita dapat memberi sumbangan walaupun sedikit tetapi memberi kesan besar dalam mengurangkan pecemaran alam sekitar.

Penggunaan kereta pada masa kini sudah menjadi satu keperluan namun cuba bayangkan jika tiada kereta di jalanraya. Alangkah aman dan tenteramnya suasana tanpa kesesakan, kebisingan dan pencemaran!

Walaupun kini terdapatnya teknologi kereta yang menggunakan pelepasan tanpa pecemaran (zero emmision) namun ianya belum dapat dikomersial sepenuhnya dan harganya pula terlalu mahal.

Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day)

World Car Free Day

Sebenarnya  Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) pertama kali dianjurkan semasa krisis minyak pada tahun 1970-an dan sekali lagi telah diadakan pada tahun 1990 di bandar-bandar di Eropah.

Bagi sesetengah negara atau bandar-bandar besar, sambutan acara ini diadakan pada tarikh dan hari yang berbeza.

Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia (World Car Free Day) 2015. Bersama kita menjaga dan mencintai alam sekitar. Semoga alam ini lebih selamat dan selesa untuk dihuni oleh semua hidupan.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 AlamBlogr - All Rights Reserved