Hari Tanpa Pelepasan Bahan Api atau Zero Emission Day (ZeDay), disambut setiap tahun oleh banyak negara di seluruh dunia pada setiap 21 September. Mesej utama sambutan ini adalah "Memberi planet kita cuti sehari dalam setahun".
Cuti daripada apa? Ya! Berehat dan bercuti sehari dari menerima sebarang punca pencemaran akibat dari pelepasan bahan api.
Oleh itu perlunya ada garis panduan untuk menyambut ZeDay. Ianya mudah tetapi amat sukar dilakukan:
- Jangan menggunakan atau membakar bahan bakar seperti minyak, gas atau arang batu.
- Kurangkan (atau menghapuskan) penggunaan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh bahan api fosil.
- Tetapi jangan sampai meletakkan sesiapa dalam bahaya: Semua perkhidmatan yang penting dan kecemasan perlulah beroperasi seperti biasa.
- Melakukan yang termampu dan bergembira menikmati hari tanpa pencemaran dengan tiadanya pelepasan bahan api!
ZeDay 2015
Sekarang ini, terpulang kepada kita semua untuk menjaga planet kita ini. Apabila anda memandu pada hari ini dan memahami bahawa hari ini adalah hari yang penting maka bertindaklah.Benhenti dan renungkan peluang dan manfaat yang boleh dilakukan untuk manfaat kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera untuk masa kini dan masa hadapan
Inilah ujian sebenar untuk apabila anda menyebut "ZeDay". Mampukah kita dalam sehari untuk tidak menggunakan sebarang bahan api?
Selamat menyambut Hari Tanpa Pelepasan Bahan Api atau Zero Emission Day (ZeDay) 2015
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”