Hutan Di Malaysia - Hutan Paya Bakau: Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut. Hutan paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan sumber lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi, menyelamatkan harta benda dan nyawa dengan menghalang proses hakisan pantai dan menapis bahan cemar dari laut dan sebaliknya.
Ekosistem hutan paya bakau boleh didapati di perantaraan muara & daratan, & keadaan airnya adalah payau. Ekosistem ini adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa & dari musim ke musim.
Taburan & jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral adalah tidak seragam. Perbezaan ini disebabkan pengaruh banjir pasang-surut air laut menyebabkan setiap zon mengalami perubahan-perubahan tertentu.
Komponen biotik & abiotik
- Komponen biotik - tiga jenis pokok bakau yang utama iaitu Rhizophora, Sonneratia & Bruguiera yang mendominasikan komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau.sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh di dalam air & di daratan. Selain itu, sesetengah kawasan hutan bakau dihuni oleh haiwan primat.
- Komponen abiotik - komponen bukan hidupan meliputi air payau, udara(oksigen),tanah seperti lumpur yang terhasil dari mendapan oleh ombak & sungai serta bahan-bahan nutrien @ mineral yang telah direput. Zon hutan bakau dianggap sebagai ‘zon makanan’ bagi pelbagai spesis.
Hutan paya bakau juga kaya dengan kepelbagaian bio yang unik melalui artikel berikut: Kepelbagaian Bio Hutan Paya Bakau
Ciri-Ciri Penting
Ciri-ciri penting habitat hutan paya bakau- Tahap kemasinan yang tinggi
- Kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah
- Tanah berlumpur dan lembut
- Dipengaruhi air pasang surut
yang khas dan cara penyesuaian istimewa untuk membolehkannya bermandiri di keadaan persekitaran yang tidak menyenangkan. Lima masalah utama yang sering dihadapi oleh pokok bakau:
- Keadaan kandungan oksigen yang rendah
- Kekeringan dan pendedahan pada cuaca panas
- Keadaan tanah yang lembut
- Kemasinan air tinggi
- Masalah pembiakan
Jenis dan Kaedah Penyesuaian Pokok Bakau
Antara tumbuhan selain bakau di Hutan Paya Bakau
Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
Selain itu hutan paya bakau juga dijadikan kawasan hutan reakreasi serta pelancongan yang unik sebagai tarikan serta lokasi pembelajaran.
sumber rujukan
1 comments:
Masukkan ulasan anda...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Blog Cinta Kepada Alam - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”